Thursday, July 9, 2015

FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis adalah merupakan penyakit yang sangat popular di Malaysia. Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana kadar gula yang tinggi dalam darah.

 Mereka yang normal berupaya menurunkan kadar gula walaupun selepas makan banyak makanan yang manis. Ini adalah disebabkan orang normal masih berupaya menghasilkan hormon insulin yang membantu menukarkan gula yang berlebihan dalam badan kepada glikogen dan disimpan dalam hati. 

Gambar di bawah menunjukkan perhubungan antara paras gula serta rembesan insulin serta glukagon daripada pankreas.





Namun, bagi penghidap kencing manis, organ pankreas mereka tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi menyebabkan gula yang berlebihan dalam badan tidak dapat diturunkan kepada glikogen, menyebabkan paras gula akan menjadi tinggi daripada kebiasaannya. 

Mengapa pesakit kencing manis tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya??

terdapat beberapa faktor yang menjadi punca penyakit kencing manis ni. Antaranya ialah, 

1. Faktor keturunan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis mempunyai potensi untuk mendapat keadaan yang sama. Ini boleh dikaitkan dengan faktor genetik di mana sel-sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon insulin berkemungkinan adalah tidak normal.


2. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan lemak

Pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan gula akan menyebabkan bebanan kepada pankreas untuk menghasilkan insulin. Pertambahan bebanan ini menyebabkan panckreas gagal berfungsi dan menyebabkan kencing manis.


3. Obesiti

Obesiti atau bahasa mudahnya lebihan berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan diabetis. hampir 80% mereka yang menghidap Diabetis adalah dalam golongan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan.


4. Kondisi tertentu di kalangan wanita

Wanita sentiasa mengalami ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan ini boleh dialami ketika kedatangan haid dan fasa mengandung. Dikatakan wanita yang menghadapi masalah Gestational Diabetis Mellitus (GDM) iaitu kencing manis ketika mengandung akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit kencing manis selepas itu berbanding wanita yang tidak mengalami GDM ketika mengandung. 


No comments:

Post a Comment