Tuesday, January 24, 2017

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Nama saya , Nina Keterina Hashim. Saya merupakan Anak ke-3 daripada 5 adik beradik. Dilahirkan di Hospital Kajang, Selangor pada pukul 3 pagi pada 18 Januari 1985. Nama saya pon agak ke'BARAT'an sikit. mcm omputih katenye.. Inspirasi abah daripada nama mat saleh masa die kursus di German. Hehehe..


Genap umur satu tahun, kami semua berpindah daripada Kg. Dusun Tua ke Kuala Terengganu atas alasan kerja abah waktu tu. Kami adik beradik membesar di sana. Makang kepok lekor dok soh citer ar.. Sampa naik muok lok. hehehe..


Kami duduk di sana selama sepuluh tahun. Sekolah pertama saya adalah sekolah PASTI di Kg. Gong Tok Nasek. Saya tak pasti sama ada sekolah tu masih wujud ataupun tidak.




Lepas tu kami sekeluarga berpindah semula ke Kg. Dusun Tua sebab abah ditukarkan ke sini semula..
Daripada darjah 5 sehingga darjah 6, saya bersekolah di Sek. Keb. Dusun Tua.


Bila di kenang semula, seronok sangat zaman persekolahan.. dulu-dulu mana ade gajet. Permainan kami sepenuhnya berbentuk aktiviti fizikal.. naik basikal, jalan-jalan kat sawah, main masak-masak.. (masak nasik real ok.. lepas tu hangit.. hehehe.)


Bila dah masuk umur 13 tahun, masuk asrama kat Sek. Men. Keb. jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Masuk atas tiket anak Yayasan Selangor. Duduk la belajar kat sini sampai Tingkatan 5. Masa first day masuk sekolah tu, nangis jugak sebab pertama kali berjauhan dengan family..


Dah abis tingkatan 5 pon nangis jugak sebab dah nak berpisah dengan kawan-kawan.. Itu Baru berpisah atas dunia.. Kalau berpisah pergi ke alam lain yakni alam barzakh.. lagi la sedih.. masyaAllah...(terdiam sekejap..)


Alam persekolahan saya alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Saya bukanlah pelajar yang pintar sangat dan tidak la corot sangat. Tetapi pelajar yang sederhana sahaja.. Tiada istilah boyfriend waktu belajar. Bagi saya, ade boyprend ni buat kita lagi lagha... nanti tak boleh nak fokus belajar. That was me masa dolu-dolu..


Then, lepas SPM, sambung blaja kat PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). Bila masuk UM ni, saya agak sedikit terkejut kerana kebanyakkan mereka ni terlajak pandai.. hehehe.. so, persaingan tu makin sengit. Alhamdulillah, saya dalam kategori yang cemerlang jugak la waktu ni.. =)


Pastu, sambung lagi belajar di UM untuk tempoh 3 Tahun lagi di Fakulti Sains, UM. And, at the same time, saya jugak join PALAPES UM untuk aktiviti ko-kurikulum di universiti. Hahaha.. Hebat tak hebat. Makcik ni dulu askar tau. Tapi Lo ni dah bersara terus.. tu yang terus mengembang bak kuih donut.. hahaha..


Masa join PALAPES ni la, banyak aktiviti yang saya buat yang mana, student lain yang tak join PALAPES ni buat. Saya rasa, nanti saya nak buat satu entry pasal PALAPES sahaja. Sebab, banyak sangat nak cite. Boleh jugak dijadikan bahan rujukan untuk anak-anak baca kisah ibu die bila die dah besau nanti.. ngeee...



Dah abis belajar and penat jadi askar sekejap, saya jadi Pembantu makmal and lecturer pulak di AMU (Asia Metropolitan University) yang dolu-dolunya dikenali sebagai Masterskill. Time ni la saya sambung belajar ambil master dan fully company tu fully sponsor yuran pengajian. Alhamdulillah,, terima kasih atas rezeki yang diberikan. Hampir 5 tahun saya di sana sehingga tahun 2013. 


Dalam tempoh bekerja di sana jugak la saya berkahwin dengan pemilik hati bernama Mohd Izani Saini pada tanggal 1 Disember 2012 dan dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Ainul Syifa pada 10 Oktober 2013 dan yang kedua iaitu Ayra Safiyyah pada 2 Disember 2015. 


Bermula dari tahun 2014 sehingga kini, saya bekerja sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan, UITM Puncak Alam. Dah jadi pensyarah pon nak buat Part Time ke??
Tak cukup lagi ke makan gaji tu? Ha, jawapan saya memang tak cukup. Keadaan ekonomi sekarang ni sangat tidak menentu. ditambah dengan komitmen yang semakin banyak membuatkan saya terdetik di hati bahawa aku perlu buat side income. 


Nak tahu turning point saya, kenapa saya nak berniaga Shaklee, tapi bukan berniaga tudung neelofar atau produk Dato' Vida?  Sila KLIK disini...

















No comments:

Post a Comment